KONGSI PERIHAL DIDIK ANAK
Assalamualaikum semua.....
Saya mahu kongsi hari ni perihal tentang didik anak....
Ibu.... ibu.... bapa.... bapa sekalian.... boleh atau tidak kita pukul anak ni....?
Kita renungkan bersama apa di kongsi oleh artikel ini;
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
****Sabda Rasulullah S.A.W.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak
apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah
dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan
nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri
nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak
anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap
hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang
dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap
kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman,
hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum
matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka
hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan
membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah
cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa
akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka
tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda
suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan
menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
No comments:
Post a Comment